picture header

picture header

empty without it

ahli-ahli panel

lil monsta

My photo
thoorezieyaadbinnazzwardi.lapanbelastahun.

Thursday, May 24, 2012

I'm Taken :)



Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim...


Dari hati yang tulus.
Dengan niat yang ikhlas.
Dari yang menyayangi.
Kepada yang disayangi.
Disini aku luahkan segala yang terpaku.
Segala yang terbuku dan terpahat dalam hatiku.


Pada malam ini.
Tanggal 23 Mei 2012 pada jam 11.15 malam.
Setelah empat bulan aku menyepi.
Tersisih dari kasih sayang, belaian manja dan penghargaan.
Aku Thooreq Zieyaad dengan ini meminta, memohon, dan mengharap.
Kamu Amirah Dyiana agar menjadi the one and only teman baru kepada hidupku.
Teman yang sudi berkongsi kisah suka.
Dan teman yang tak lari dari pandanganku ketikaku berduka.
Sanggup ada bersamaku tika aku senang.
Dan berkongsi airmata bersamaku tika aku bersedih.
Sudikah kamu menjadi teman wanitaku wahai Amirah Dyiana?


Toriq Ziyad.
Taken by Amirah Dyiana.
23 May 2012.
11.15 Pm.

Friday, May 18, 2012

Bisakah Aku?

Apabila senang.
Cinta bagaikan loteri.
Apabila susah.
Cinta akan menyakitkan hati.


Apabila seronok.
Cinta bisa berasmara.
Apabila bergaduh.
Cinta bagaikan penjara.


Apabila gembira.
Cinta mula berputik.
Apabila sedih.
Cinta terkotak-katik.


Apabila iman kuat di dada.
Cinta bagaikan penyokong.
Apabila sudah dilanda nafsu.
Cinta terpekik-terlolong.


Aku nak kan cinta!

Norma Kehidupan Seorang Mahasiswa Yang Cuti

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.


Rasanya sudah lama aku tak tekan papan kekunci aku untuk mengisi entri dalam blog aku ni kan. So, now aku tengah cuti semester. Cuti aku tempohnya selama dua bulan. Tak lah lama bagi mahasiswa. Tapi boleh la nak merehatkan badan aku yang ntah apa yang tak sihatnya. Hahaha. Aku dah pon pulang ke rumah aku dari perantauan. Kl ja pon. Bukan jauh. Aku dah bertemu, bersalam, bercium, berpelok dan segaa ber lagi lah dengan mak ayah dan adik-adik aku. Rasa amat gembira. Mesti la, boleh jumpa family memamg bahagialah. Anak derhaka ja cakap tak gembira bila jumpa family sendiri.


Aku hanya melepak, smoke, makan, tidur, online.
Aku bosan....
Aku bosan....
Aku bosan....


Aku nak kerja. Tapi tempat kerja lama aku dah penuh. Malas lah pulak nak cari kerja tmpat lain. Tapi aku perlukan wang. No money, no honey, no happy! Grr!!


Dah lah. Bosan jugak online lama-lama. Chiaww