picture header

picture header

empty without it

ahli-ahli panel

lil monsta

My photo
thoorezieyaadbinnazzwardi.lapanbelastahun.

Friday, February 3, 2012

unintended

Kini pagi hariku tidak lagi disinari cahaya mentari yang menerangi aku dikala diriku diselubungi kegelapan.
Kini malamku tiada terang ditemani cahaya bulan dan bintang yang sentiasa memberiku cahaya harapan untuk terus hidup dikala esok datang menjelma.
Kini aku keseorangan.
Tiada dua, tiga, atau seterusnya.
Kini diriku umpama abu, yang diterbangkan oleh deruan angin yang tiada punca kemana destinasi untuk aku tuju.
Kini aku tiada teman untuk mempersembahkan segala isi hatiku kepadanya.
Hanya kenangan yang mampu aku imbas kembali.
Di setiap saat, di setiap waktu.
Pada waktu aku kesusahan.
Pada waktu aku kesempitan.
Pada waktu aku memerlukan.
Aku sentiasa ingin melakukan yang terbaik untukmu.
Sentiasa ada untukmu.
Sentiasa mendengar celotehmu.
Tidak mengeluh walau ceriteramu tentang sedih dan gembira.
Tidak mengira erti penat lelah.
Hanya untuk seorang watak penting dalam diari hidupku.
Seorang watak yang diertikan sebagai kekasih.
Tapi apakan daya, seorang yang bernama orang ketiga yang telah berjaya mengolah hatiku dari suka kepada benci.
Dari sayang kepada marah.
Maka terputuslah ikatan yang telah dijanjikan.
Satu ikatan yang ingin dijadikan ikatan yang sah dan halal.
Ketika amarah sedang memuncak, hasutan syaitan laknatullah berjaya memijak.
Kini tiada lagi suka.
Hanya airmata yang mampu menemani ketikaku keseorangan.
Menemaniku disaat aku merindui akan dirimu.
Hanya itu yang aku mampu ucapkan kepadamu.
Kepada insan yang telah memberiku cahaya kebahagiaan.
Insan yang bergelar kekasih

No comments:

Post a Comment